Marriage of Understanding (3)
3 M uammar Gaddafi merupakan ahli perniagaan muda yang sedang bergelut dengan krisis di syarikat yang diterajuinya, Teluk Asiana. Setelah bekas ibu tirinya, Suzie mengkhianati papanya, Datuk Yazid dan menyelewengkan sejumlah wang syarikat lalu lari bersama-sama teman lelakinya, lelaki warga Australia, terus syarikat ini tenat. Papanya jatuh sakit dan terpaksa mengambil ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang dan amat menyesali perkahwinannya dengan isteri keduanya, Suzie. Isteri pertamanya, Datin Ruby seakan-akan membalas dendam apabila enggan menghulurkan walau sesen pun kepada suaminya dan sibuk menguruskan butik perkahwinan yang diusahakan bersama teman rapatnya, seorang selebriti jelita 40-an yang bernama Hanis Juliana. Gaddafi terkapar-kapar seorang diri untuk menyelamatkan syarikat. Dia tak ingin syarikat yang dibina dengan titik peluh oleh arwah datuknya terkubur di tangan anak dan cu...