Marriage of Understanding (2)


2
D
atuk Benjamin Jericho Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri menghempaskan tubuhnya di kerusi sambil meletakkan kedua-dua kaki lampainya bersilang di atas meja. Tubuh sasanya dihenyak pada kerusi kulit berkualiti tinggi itu. Blazer kelabunya berlonggok di atas lantai akibat ditanggalkan dan dicampak begitu saja. Dengan kasar, Benjamin melonggarkan dasi yang membelit leher sasanya. Nafasnya dihembus kuat. Runsing.
Wajahnya merah padam menahan rasa. Perbuatan Aira Qairina tadi kembali membayangi tubir matanya, memedihkan hati dan perasaan lelaki kapitalis ini. Selamba saja gadis berambut perang itu mencarikkan cek Standard Chartered yang bernilai RM50 ribu dan melemparkannya pada wajahnya.
Inilah kali pertama dalam hidupnya dia merasa tercabar dengan seorang wanita. Memang benar dia seorang lelaki yang bermata keranjang. Wanita silih berganti hanyut dalam dakapan nafsunya. Namun mereka menghilang selepas dia membayar sejumlah wang.
"...Third, I bersumpah atas nama Allah yang I mengandungkan anak you, Datuk Benjamin Jericho von Amstel bin Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri and somewhere deep in your heart, you always knew it!"
Suara Aira yang dibayangi perasaan marah dan kecewa kembali terngiang-ngiang di telinganya. Tangisannya yang sendu dan raut wajahnya yang dibasahi airmata kembali terbayang di tubir mata. Namun itu tidak dapat melenturkan hatinya yang keras dek penjara keegoan.
Dalam pada itu, Benjamin termenung jauh. Kata-kata Aira itu menampar hati dan perasaannya. Aira sanggup bersumpah atas nama Tuhan bahawa dia sedang mengandungkan zuriat ahli perniagaan yang berusia 34 tahun ini. Selama ini tidak ada seorang perempuan pun yang seberani itu, mencabarnya dan bersumpah bahawa anak dalam kandungan mereka berasal daripada benihnya.
Benjamin mendengus kuat. Sebenar-benarnya dia tidak ingat siapa sebenarnya gadis bernama Aira Qairina ini. Bahkan dia tidak pernah mengingati mana-mana gadis yang menjadi santapan nafsunya di atas ranjang. Tambah-tambah lagi jika dia berada dalam keadaan mabuk. Sumpah! Tak ingat langsung dia bila terbangun dari tidur esok paginya. Tapi boleh saja gadis ini dihantar oleh musuh-musuh perniagaannya untuk melihat reputasinya hancur dan jatuh merudum, bukan?
Sebenarnya dia bukannya naif dengan permainan perempuan-perempuan murahan seperti ini. Jangan-jangan gadis bernama Aira Qairina ini antara escort girl yang pernah menemaninya di kelab-kelab malam. Dia tidak menafikan dia seorang usahawan belia yang amat berjaya dan memiliki aset kekayaan yang mencecah ratusan juta ringgit. Kisah kejayaannya banyak menjadi inspirasi dan rahsianya untuk berjaya dalam dunia perniagaan sering dicungkil.
Namanya sering memenangi anugerah baik di dalam mahupun di luar negara. Reputasinya terlalu cemerlang jika hendak dibandingkan dengan usahawan-usahawan seusia dengannya. Dia juga sering menjadi tetamu jemputan dalam rancangan-rancangan televisyen di dalam dan luar negara sebagai panel diskusi bidang ekonomi secara ilmiah. Selain kejayaan luar biasanya yang mendominasi dunia kargo dan perkapalan, Benjamin juga graduan Ivy League dengan Magna Cum Laude dan merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam ekonomi dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang paling kompetetif dan paling berprestij di Amerika Syarikat. Beberapa hari yang lalu, dia baru saja menghadiri perbincangan ilmiah Merdeka Award Roundtable yang dianjurkan oleh Astro Awani untuk membincangkan masa hadapan dan hala tuju ekonomi Malaysia bersama tokoh-tokoh ekonomi yang lain.
Dengan kejayaan dan kekayaannya, Benjamin tidak perlu mengharapkan harta keluarganya untuk hidup senang berkurun-kurun. Dengan statusnya itu juga, dia menjadi kegilaan ramai gadis bermata duitan. Dahulu sebelum berkahwin, Benjamin diberi jolokan "KL's Most Eligible Bachelor" kerana memiliki pakej yang lengkap, iaitu kacak, kaya dan berjaya. Kini dia digelar "Duda Hot Idaman Malaya".
Benjamin juga berasal daripada keluarga yang kaya-raya dan berkedudukan tinggi. Ayahnya, hartawan kacukan Melayu-Arab yang bernama Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri merupakan seorang bilionair dan antara hartawan terkaya di Asia oleh majalah Forbes. Syarikat induk mereka, Paradine Holdings yang berpangkalan di Washington D.C., Amerika Syarikat merupakan sebuah syarikat permodalan saham dan diterajui oleh ayahnya sendiri sebagai pemegang saham terbesar bersama beberapa bilionair Amerika Syarikat yang berkulit putih dan seorang bilionair dari China. Tetapi kini syarikat gergasi itu telah berubah lokasi HQ di Kuala Lumpur, Malaysia atas permintaan Tan Sri Azman sendiri selaku pemegang saham terbesar kerana darah anak jati Malaysia yang kuat mengalir dalam tubuhnya. Bak kata pepatah, seperti camar pulang ke sarangnya.
Kehidupan keluarga mereka turut menjadi tatapan umum. Kisah perkahwinan pertama ayahnya yang tidak kesampaian dengan seorang bekas Miss Universe Malaysia yang berbangsa Cina dan tuntutan-tuntutan perceraiannya yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia membongkar rahsia kekayaan sebenar yang dimiliki oleh hartawan kelahiran Doha, Qatar yang merendah diri ini. Perkahwinan keduanya dengan seorang puteri raja dan pernikahan ketiganya dengan seorang wanita bangsawan Belanda yang juga merupakan ibu kandung Benjamin. Hasil perkahwinan dengan tiga wanita yang berlainan, ayahnya dikurniakan empat orang cahaya mata. Dua lelaki dan dua perempuan. Dia merupakan anak keempat dan yang paling bongsu. Tetapi biasalah, golongan kenamaan seperti mereka sudah pastinya mengutamakan privasi. Namun mata-mata nakal sentiasa mengintai peluang untuk menjatuhkan mereka.
Benjamin mengeluh lagi. Dia sendiri sebenarnya kerap disogok dengan perempuan-perempuan cantik dan pelacur-pelacur kelas atasan sebagai rasuah seks selain daripada rasuah menggunakan wang ringgit dan dolar Amerika Syarikat. Dia juga kerap mengamalkan rasuah dan pelbagai jenayah kolar putih lain. Namun Benjamin sebenarnya amat bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan. Dia akan memancing dengan wang ringgit dan perempuan mengikut keperluan untuk berbuat begitu dan kecenderungan orang itu untuk menipunya atau mengkhianatinya.
Apa nak dihairankan. Inilah hakikat dunia perniagaan. Pada pemahaman peribadinya, dia amat menyokong dan memegang konsep Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince. Ya, dia seorang pengamal Machiavellianisme dan kapitalisme. Dia tak menafikan betapa dunia perniagaan menjadikannya kejam, amat mementingkan diri dan tidak berperasaan. End justifies the means. Dia sanggup melakukan apa saja agar hasratnya tercapai dalam perniagaan. Daripada perniagaan yang bersih sehinggalah urusan yang kotor dan penuh hina, termasuklah mengkhianati, menipu dan menjatuhkan kawan dan lawan. Only the strongest will prevail. Survival to the fittest. Soal moral dan agama diketepikan demi kepentingan duniawi. Dan dia tidak pernah menyesal terjebak dalam perniagaan kotor seperti ini. Satu-satunya perkara yang dia sesali sehingga kini ialah pernah jatuh cinta dahulu dan membiarkan emosi menguasai akal fikiran serta keputusannya.
Sebenarnya rasuah bukanlah elemen utama dalam cara ahli perniagaan Pan-Asian berusia 34 tahun yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Belanda ini menjalankan dan mentadbir perniagaannya kerana dia masih percaya pada perniagaan yang bersih dan jujur. Rasuah tetap perosak ekonomi sesebuah negara dan menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki sepertinya. Satu hakikat yang dia takkan mungkiri kerana sebagai lelaki yang penuh ilmu agama di dadanya, Islam amat menolak sebarang bentuk rasuah dan riba.
Tentang Aira Qairina pula, dia bukannya naif dan bodoh untuk tertipu dengan permainan airmata perempuan pisau cukur itu. Namun kecantikan dan kejelitaan wanita pertengahan 20-an itu sedikit sebanyak menggetarkan naluri lelakinya. Hati jahatnya berbisik untuk melakukannya lagi kepada perempuan itu alang-alang dia sudah mengaku mengandungkan anaknya. Namun lekas-lekas akalnya menegah.
Tetapi perempuan kecil molek ini ada menyebut sesuatu tentang kelab malam eksklusif The Providence dan dua pelabur dari Indonesia dan Amerika Syarikat, iaitu Tony Indrawan dan Reece Upworth. Siapa sebenarnya Aira Qairina? Benarkah dia sekadar escort girl atau pelacur kelas atasan yang digunakan oleh ahli perniagaan lain untuk menyogoknya? Ingatan Benjamin kembali menyingkap memori beberapa hari yang lalu.


Beberapa hari yang lalu...

Benjamin bersama beberapa pegawai eksekutif di syarikatnya, Mutiara Selatan Shipping & Forwarding Sdn. Bhd. sedang menikmati makan tengahari di sebuah hotel lima bintang terkemuka, Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan bersama beberapa pegawai tinggi kerajaan yang bertaraf JUSA dan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka makan-makan sambil berbual mesra. Semuanya berkisar tentang krisis semasa yang melanda dunia. Selepas habis makan, kesemua mereka melepak di lobi mewah hotel berkenaan sambil berbual kuat-kuat dan menghisap cerut. Giselle, setiausaha Benjamin yang merupakan satu-satunya wanita dalam kumpulan itu merasa tidak senang duduk apabila sepasang mata pak menteri itu asyik menjamahnya.
"Hahaha! Saya tak boleh lupa saya kalahkan dia ni dalam golf. One in the hole! One in the hole! Hahahaha!" Datuk Seri Khabir Sulaiman, menteri di Jabatan Perdana Menteri ketawa terbahak-bahak sehingga sukar bernafas sambil menepuk kuat paha pengawal peribadinya, seorang pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang berpangkat ASP. Lelaki itu berkerut-kerut dahinya menahan perit apabila pahanya berulang kali menjadi mangsa tamparan majikannya.
Benjamin dan yang lain-lain ketawa walaupun bukannya kelakar sangat pun. Mereka semua tahu Datuk Seri Khabir Sulaiman ini bukannya terror mana pun main golf. Pejam mata pun boleh kalahkan pak menteri ni. Datuk Amri, salah seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpangkat Ketua Pengarah dan bertaraf JUSA cuma menarik muka merah padam akibat ditertawakan oleh pak menteri di sebelahnya ini. 'Eleh, over la pulak pak menteri ni! Aku saja je bagi kau chance merasa one in the hole! Kecoh!' Bisik hati Datuk Amri. Rasa nak sekeh je la kepala si gemuk pendek ni! Perut dahlah boroi!
Benjamin tersenyum sambil menyalakan sebatang rokok. Dia duduk dengan penuh gaya sambil meletakkan sebelah kaki di atas pahanya seraya bersandar dengan selesa. Sungguh berkarisma sekali ahli perniagaan muda ini. "One in the hole? Well, Datuk Seri... I'm impressed!" Ujarnya dengan senyuman yang penuh. Hati pak menteri ni kita kena jaga!
'Nasib baik aku ada kepentingan dengan si badak air ni. Kalau tidak jangan haraplah aku nak tengok muka tak siap pak menteri ni! Haram mata aku ni tengok muka dia!' Kutuk hati Benjamin. Asap rokok keluar berkepul-kepul daripada hidung dan mulut usahawan muda ini. Sekaligus menyembunyikan perasaan sebenarnya terhadap menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
"Hahahaha! Tengok tu, Datuk Amri! Even Datuk Ben Azman pun impress dengan I! Hahaha! Well, Datuk Ben Azman... kalau awak ada masa lapang, bolehlah awak join saya main golf! You know what, Datuk Ben? I won't let you win over me! Hahahaha!" Sekali lagi paha pegawai UTK itu ditampar oleh tokoh politik ini. Mencarut-carut komando polis ini di dalam hatinya. Gamaknya sudah biru pahanya akibat asyik ditampar oleh si gemuk gedempol dan bertubuh ketot ini. 'Sakitlah, b&%#!' Pekik hatinya. Matanya sudah kemerah-merahan dan berair menahan pedih.
"Sure, Datuk Seri... Anything for you! You mesti rival I paling tough sekali!" Benjamin mula mengikut rentak pak menteri di hadapannya yang terlebih excited itu.
Datuk Seri Khabir Sulaiman ketawa terbahak-bahak sehingga tercungap-cungap. Lekas-lekas pegawai UTK yang ditampar pahanya itu memberikan inhaler kepada pak menteri itu meskipun hatinya yang sakit meronta-ronta hendak membiarkan menteri itu terkapar-kapar putus nyawa seperti ikan di atas darat. Datuk Amri menjeling menteri itu dengan perasaan benci. Inilah padahnya bila ter'over excited' sangat!
Laa... ramai rupa-rupanya tak berkenan dengan pak menteri ni!
"Hei, Tan Sri Azman apa cer? Dah lama I tak jumpa dengan dia tu! Hahahaha! Kali terakhir I jumpa dia masa raya tahun lepas. Hahaha. Dia tu dah sombonglah! Maklumlah, dah kaya! Manalah nak ingat pada I ni, kawan lama dia masa sama-sama kat MCKK dulu! Hahahaha!" Ujar Datuk Seri Khabir Sulaiman.
"Alhamdulillah, walid sihat. Mana ada walid sombong, Datuk Seri. Walid sama je dari dulu sampai sekarang. Always low-profile, always down-to-earth. By the way, dia kirim salam kat Datuk Seri." Balas Benjamin sambil menyampaikan salam ayahnya kepada menteri di hadapannya ini.
"Waalaikumussalam! Hai, Datuk Ben... You ni I tengok bukannya tak ada rupa. Yalah, maybe rupa you less sikit daripada anak bujang I yang kat US tu. Hmm... tengoklah daddy dia! I ni masa muda bukannya macam ni. I dulu handsome! Sekarang pun I masih handsome. Cuma yalah... orang tua ni... Anyways, Datuk Ben. You selesa ke dengan status you sebagai duda? Duda hot trang tang tang! Hahaha! Tak terfikir ke nak kahwin?" Usikan Datuk Seri Khabir Sulaiman yang kembali stabil selepas menyedut inhaler disambut tawa yang lain-lain.
Benjamin hanya tenang dan tersenyum mesra. "I think, status sebagai duda ni okey je, Datuk Seri... I tak rasa nak kahwin lagi. At least, belum lagi."
Datuk Seri Khabir Sulaiman ketawa terbahak-bahak. "Hahahaha! You ni, kan Datuk Ben! Ini mesti disebabkan Carmelia, isn't it? Hai... dah serik ke?! Hahahaha! Well, dia cuma pramugari je! You can get better than that! Come on la, Datuk Ben! Just forget her already! Hahaha! Carmelia, Carmelia! Hahahahaha! Owhhh... Inhaler, inhaler! I need that... now!"
Wajah Benjamin berubah. Senyumannya mati terus. Mukanya yang asalnya putih merah menjadi merah padam. Darahnya mendidih. Melebihi takat didih maksima. Muka merah Datuk Seri Khabir Sulaiman yang sedang menyedut inhaler di tangan pegawai UTK itu ditatapnya penuh dengan sepasang mata hazelnya yang begitu tajam menikam. Giselle dan pegawai-pegawai kanan syarikat perkapalan itu faham reaksi majikan mereka. Carmelia! Nama itu adalah kepantangan terbesar lelaki kacukan Melayu-Arab-Belanda ini! Benjamin merupakan pemegang tali pinggang hitam peringkat ketujuh Taekwondo (7th degree Black Belt Taekwondo) yang diperolehinya ketika di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Dia sejak kecil lagi sudah bergelumang dengan seni bela diri dari Korea ini. 'Agak-agaknya apa yang akan terjadi pada si gemuk ni jika aku taekwondo tengkuk gemuk dia ni, ek?'
Sepasang mata hazel Benjamin merayap pula pada sepucuk pistol Vektor SP1 yang tersisip kemas pada pinggang pegawai UTK yang bernama ASP Aizuddin dan terselindung di sebalik jaketnya itu. Dia juga memiliki lesen senjata api dan mahir menembak. 'Kalau tembak otak udang si pendek ni pun okey juga! Baru dia tahu bahasa diam!'
Dalam ketegangan perasaannya itu, tiba-tiba Benjamin merasa paha kanannya bergetar. Apple iPhone 7 Plus warna merah ditarik keluar. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin iPhone sambil berdering.
Benjamin terus mematikannya. Dia memang tidak menghiraukan panggilan orang yang tidak dikenalinya. Namun tidak berapa lama kemudian, ia berdering semula minta dijawab. Berulang-ulang kali Benjamin mematikan telefon pintarnya dan berkali-kali jugalah si pemanggil misteri itu menghubungi. Akhirnya dia mengalah.
"Excuse me for a moment, gentlemen. I've an incoming call." Benjamin meminta diri dengan penuh sopan. Puntung rokok di jarinya yang sudah hampir habis dihisap ditenyeh ke dalam ashtray. Lelaki tinggi lampai seperti model mat salleh ini berdiri lalu berpusing meninggalkan kumpulan kenamaan tadi. Kelibatnya menghilang di beranda hotel.
"Hello," sapa Benjamin sebaik sahaja iPhone 7 Plus dilekap pada cuping telinga kanannya.
"Err, hello. Boleh saya bercakap dengan Datuk Benjamin Jericho Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri?" Suara seorang wanita di hujung talian menyapa deria pendengaran lelaki ini semula. Lunak dan merdu suaranya. Pasti cantik perempuan ini!
"Speaking," balas Benjamin.
Tiba-tiba wanita di hujung talian itu terdiam. Benjamin tak dapat mendengar suara wanita itu. Agak lama jugalah dia diam. Dalam sepuluh saat begitu. Malaikat lalu ke?
"Hello, miss. Still there?" Suara garau Benjamin menerobos talian apabila suara wanita itu senyap.
"Yeah... yeah... I'm here! Err... err..." Suara wanita itu kedengaran gugup.
"Look, miss! Whatever you wanna say, please say it hurry! I ada banyak kerja lain. So I gotta go first." Putus Benjamin yang mahu mengakhiri perbualan di atas talian itu.
"Datuk Ben, wait! Wait!"
Suara wanita itu membuatkan Benjamin tidak jadi mengakhiri perbualan mereka.
"My name is Aira Qairina Dato' Yazid. The guy you met the other night while we were all having a good time in The Providence was my brother, Muammar Gadaffi. He came with a lady, wasn't he? That lady was me, his younger sister. And you came with two investors. They were both Toni Indrawan from Indonesia and Reece Upworth from the United States. Okay, what about... shares dalam Teluk Asiana Shipping? Yang you deal nak beli dulu tu?" Berperi-peri suara wanita itu cuba mengingatkannya semula.
"Okay, I think I remembered. So actually, what are you trying to tell me?" Soal Benjamin.
Sekali lagi wanita itu terdiam di hujung talian.
"Miss, let me tell you something. We can buy all the things in the world with a few exceptions. Time is one of the very few things that cannot be bought. As a business person, time is one of the most valuable assets to me and it is imperative and crucial. So I need you to speak up." Kata Benjamin, agak tegas.
"I'm sorry... But... Listen up, Datuk Ben. I know this is going to be... awkward, but I have to tell you something." Kata wanita itu.
Benjamin mula bosan dengan permainan tarik tali wanita ini. "Okay, shoot."
"You mungkin tak ingat, but... I won't forget what you've done to me that night!" Tiba-tiba tangisan wanita itu terburai.
"Whoa! Whoaa!! Please, don't cry sweetheart... I tak boleh dengar perempuan menangis! Please.... please don't cry..." Benjamin kaget. Mukanya berubah panik. Tak cukup mulut dia hendak memujuk wanita yang sudah menangis di corong talian itu.
"The Providence! Reece Upworth! Toni Indrawan! Muammar Gadaffi! Teluk Asiana! Two months ago, dammit!" Wanita itu membentak dalam tangisan yang tidak terkawal lagi.
"Excuse me?"
"You were drunk! You... you... You made me pregnant, okay! Goddammit!" Hampir menjerit wanita itu di hujung talian. Dia menangis tersedu-sedan.
"What...?! No way! No way! That's not possible!" Benjamin meningkah. Keegoannya tercabar. Suaranya tidak lagi setenang tadi. Tegang.
"You did it, okay! You did it to me! You mabuk! Mana you sedar!" Wanita itu menangis teresak-esak.
"Okay... but how can I be sure yang itu anak I? You could have slept with other guys too and had planned to set me up! I can't be sure, right? This isn't the first time, Ms. Sara. Ramai je escort girls dan pelacur kelas atasan come to see me and claimed I buntingkan dorang." Ujar Benjamin tanpa perasaan. Tanpa menghiraukan perasaan si pemanggil wanita berkenaan.
"First thing first, Sara is not my freaking name! It's Aira Qairina! And secondly, I am not an escort girl. Third and final, goddamn you! I swear to God, I was still a virgin until you did it to me on that night! Sumpah demi Allah, this baby I'm carrying is yours!" Tempik wanita itu penuh emosi.
"Okay, okay... calm down. I'm sorry, okay? Okey, kalau betul you mengandungkan anak I, why don't you come and see me at my place. Maybe we can sort something out." Pelawa Benjamin.


Benjamin menurunkan kakinya yang bersilang di atas meja lalu duduk tegak di atas kerusinya. Ingatannya pada hari tersebut beransur-ansur hilang dan dia perlahan-lahan dibawa kembali ke alam realiti.
Jauh di sudut hatinya, berdetik satu pertanyaan. 'Benarkah dia mengandungkan zuriat aku?'
Perempuan itu tidak seperti kebanyakan wanita yang pernah mendampinginya. Dia tidak nampak liar. Dia tidak seksi. Tidak cuba menggodanya. Caranya memandang Benjamin tampak tulus dan lirih. Tangisannya tidak tampak dibuat-buat. Dia benar-benar dalam kegelisahannya.
Benjamin melepaskan keluhan kecil.

Comments

Popular posts from this blog

Marriage of Understanding (3)