Posts

Showing posts from September, 2017

Marriage of Understanding (3)

3 M uammar Gaddafi merupakan ahli perniagaan muda yang sedang bergelut dengan krisis di syarikat yang diterajuinya, Teluk Asiana. Setelah bekas ibu tirinya, Suzie mengkhianati papanya, Datuk Yazid dan menyelewengkan sejumlah wang syarikat lalu lari bersama-sama teman lelakinya, lelaki warga Australia, terus syarikat ini tenat. Papanya jatuh sakit dan terpaksa mengambil ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang dan amat menyesali perkahwinannya dengan isteri keduanya, Suzie. Isteri pertamanya, Datin Ruby seakan-akan membalas dendam apabila enggan menghulurkan walau sesen pun kepada suaminya dan sibuk menguruskan butik perkahwinan yang diusahakan bersama teman rapatnya, seorang selebriti jelita 40-an yang bernama Hanis Juliana.             Gaddafi terkapar-kapar seorang diri untuk menyelamatkan syarikat. Dia tak ingin syarikat yang dibina dengan titik peluh oleh arwah datuknya terkubur di tangan anak dan cu...

Marriage of Understanding (2)

2 D atuk Benjamin Jericho Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri menghempaskan tubuhnya di kerusi sambil meletakkan kedua-dua kaki lampainya bersilang di atas meja. Tubuh sasanya dihenyak pada kerusi kulit berkualiti tinggi itu. Blazer kelabunya berlonggok di atas lantai akibat ditanggalkan dan dicampak begitu saja. Dengan kasar, Benjamin melonggarkan dasi yang membelit leher sasanya. Nafasnya dihembus kuat. Runsing. Wajahnya merah padam menahan rasa. Perbuatan Aira Qairina tadi kembali membayangi tubir matanya, memedihkan hati dan perasaan lelaki kapitalis ini. Selamba saja gadis berambut perang itu mencarikkan cek Standard Chartered yang bernilai RM50 ribu dan melemparkannya pada wajahnya. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia merasa tercabar dengan seorang wanita. Memang benar dia seorang lelaki yang bermata keranjang. Wanita silih berganti hanyut dalam dakapan nafsunya. Namun mereka menghilang selepas dia membayar sejumlah wang. "...Third, I bersum...