Marriage of Understanding (MoU)

1
H
ari itu langit bersinar terang. Cuaca amat baik sekali. Entah mengapa, suasana hari itu tidak sama dengan perasaannya yang walang.
Kereta mewah Mercedes-Benz SLK 200 AMG yang berwarna merah hati dan tidak berbumbung itu meluncur laju membelah kesesakan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Kereta itu dihon banyak kali oleh pengguna-pengguna jalan raya kerana 'kebiadabannya' yang mencelah dan memotong sesuka hatinya tanpa memikirkan pengguna-pengguna yang bertempik dengan pelbagai bahasa yang tidak enak di telinganya.
Sambil memandu, Aira Qairina menangis teresak-esak. Airmatanya begitu murah sekali. Perasaannya yang sebal itu membuatkan dia tidak lagi peka dengan keadaan sekelilingnya. Biarlah apa orang nak kata. Biarlah mereka bertempik. Mereka tak faham, tak tahu dengan apa yang sedang melanda hidupnya.
Aira mengerling tempat duduk sebelah. Airmatanya berjuraian lagi bila terpandangkan envelope di atas kusyen di tempat duduk penumpang yang ditindih oleh beg tote Gucci warna putih miliknya. Gadis itu mengongoi-ngongoi sambil memegang stereng kereta. Airmatanya terus-terusan jatuh membasahi pipi gebunya. Sejak malam itu sudah tak terkira berapa liter airmatanya menuruni pipinya bersama tangisan yang mendayu-dayu mengenangkan nasib dirinya selepas ini.
Isi di dalam envelope itu tidak ubah seperti bom jangka yang meranapkan hidupnya yang sudah sedia musnah itu.
Dalam tangisannya yang lebat itu, Aira  hanyut dalam lamunannya. ingatannya melayang-layang mengingati peristiwa sebentar tadi. Peristiwa di pejabat Mutiara Selatan Shipping & Forwarding Berhad bermain-main di ingatan Aira . Tangisannya semakin kuat dan menjadi-jadi apabila wajah seraut tampan Datuk Benjamin Jericho bin Tan Sri Dato’ Azman Akhtar Al-Bakri bermain-main di tubir matanya. Hatinya kian sakit. Wajah kacak yang berlesung pipit itu seakan-akan mengejeknya. Mentertawakannya di atas bencana yang menimpa dirinya.
"Aku benci kau! Aku benci kau!" Aira  teresak-esak.
"Kenapa kita mesti berkenalan? Kenapa mesti aku jatuh cinta kepada kau? Kalau aku tahu, mati hidup semula pun aku takkan jejakkan kaki ke Malaysia! Baik aku kekal je kat Australia sampai mati!" Aira  merintih lagi.


Sejam yang lalu...

Aira  memperbetulkan duduknya di atas sofa kulit mewah dari Itali buatan tangan itu. Dia kelihatan amat anggun mengenakan dress code business casual, iaitu blaus warna maroon dipadankan dengan pencil skirt warna krim yang terbelah hingga paras paha. Rambutnya yang panjang mengurai dan berwarna brown chestnut di hujung-hujungnya itu dibiarkan lepas. Leher jenjangnya dililiti skarf dan sepasang kakinya mengenakan kasut tumit tinggi stiletto warna maroon, serona dengan bajunya. Tampak anggun dan pada masa yang sama, kemas lagi profesional.
Sepasang matanya yang berwarna coklat cair menjelajah ruang pejabat milik Pengarah Urusan Mutiara Selatan Shipping & Forwarding Berhad, Datuk Benjamin Jericho Azman atau Datuk Ben Azman ini. Ruang pejabatnya yang sederhana besar ini kelihatan amat memukau. Susun atur perabotnya begitu kemas tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri kemewahan. Tengok sajalah perabot-perabot yang menghiasi ruang pejabatnya ini. Semuanya diimport khas dari luar negara. Semuanya asli buatan tangan.
Di sebelah sofa tempat duduknya, terdapat pasu bunga besar dengan tumbuhan Ficus elastica yang agak tinggi dan dijaga rapi manakala di atas meja kaca yang merupakan akuarium di hadapannya pula diletakkan pokok hiasan berwarna hijau daripada spesies English Ivy di dalam pasu kecil. Di dalam akuarium tersebut, beberapa jenis ikan hiasan berenang-renang dengan bebasnya. Antaranya ikan-ikan kecil seperti ikan gapi, ikan cupang yang berwarna warni, ikan Sumatera, ikan ghost yang lebih gemar bersembunyi di sebalik rumpai-rumpai dan tanaman di dasar akuarium, ikan layang-layang, ikan discus dan koki.
Apabila Aira  menyentuh cermin akuarium dengan telunjuk runcingnya, sekumpulan ikan Sumatera yang berbelang-belang tadi terus berenang melarikan diri, menjauhi dinding cermin dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan akuatik. Aira  ketawa mengekek seorang diri. Dia seakan-akan terlupa pada masalah yang dihadapinya kini. Gelagat haiwan akuatik di dalam meja akuarium itu sungguh menghiburkan perasaannya.
Pokok-pokok bunga orked daripada pelbagai warna dan pokok bunga hiasan peace lily turut bergantungan menghiasi kamar pejabat ini. Pokok-pokok hiasan jenis snake plant, spider plant, golden pothos dan Chinese evergreen turut menghiasi ruang pejabat ini. Memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang memasuki ruangan pejabat ini.
'Suka berkebun pakcik ni!' Kata hati Aira . Dia merasa tenang dengan suasana ruang pejabat ini.
Lantai pejabat ini juga dilapisi dengan kayu cengal manakala pintu bilik pejabat yang tertulis Datuk Ben Azman, Managing Director tadi pula diperbuat daripada kayu jati yang kukuh.
Sepasang mata Aira  menjelajah pula di tempat Datuk Ben membuat kerjanya. Di atas meja itu terdapat sebuah komputer Apple Mac dan komputer riba Apple milik ahli perniagaan 34 tahun itu sendiri, Apple MacBook Pro yang menindih kertas-kertas kerja di bawahnya. Dua tiga fail kulit keras disusun elok di atas mejanya memudahkan lelaki kacukan Melayu-Arab-Belanda itu nanti membuat sebarang rujukan. Di dada dinding di belakangnya pula terdapat sebuah lukisan abstrak yang 'hodoh' di mata Aira  tetapi pastinya bernilai tinggi.
Dia akui lelaki ini bercita rasa tinggi dan penuh kesenian. Mana tidaknya, dia pernah terbaca tentang Datuk Benjamin ketika syarikat yang dipimpin oleh abangnya, Muammar Gadaffi menjalinkan kerjasama dengan syarikat kargo dan perkapalan gergasi ini. Lelaki ini bukan calang-calang orangnya. Dia memiliki Bachelor of Architecture dari Columbia University, New York dengan Magna Cum Laude dan merupakan pemegang ijazah Master of Economic Studies dari Northwestern University. Kedua-dua universiti ini merupakan antara universiti yang tertua dan paling berprestij di Amerika Syarikat dan di dunia. Columbia University merupakan salah sebuah institusi Ivy League manakala Northwestern University pula sangat selektif dalam memilih pelajar-pelajarnya dengan kadar penerimaan (acceptance rate) hanya 10 peratus daripada keseluruhan permohonan di serata dunia.
Walaupun terpaksa meninggalkan minatnya dalam Senibina kerana hendak menguruskan perniagaan yang tak ada kena mengena langsung dengan latar belakang architecture, lelaki itu seakan-akan melepaskan kreativitinya dengan menghiasi ruang pejabatnya. Cukup mendamaikan, cukup sentosa. Senang hendak berbincang tentang urusan perniagaan dengan pelabur-pelabur.
Di belakang meja pejabatnya juga terdapat sebuah almari mewah yang menempatkan pelbagai perhiasan, piala dan penghargaan. Begitu banyak penghargaan yang diterima oleh ahli perniagaan kacak ini dari dalam dan luar negara. Gambar-gambarnya turut menghiasi almari tersebut.
Ada gambarnya bersama Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet lain. Ada gambarnya yang segak dan kacak mengenakan sepersalinan baju Melayu satin hitam yang berleher cekak musang bergambar di istana yang serba kuning ketika menerima pelbagai pingat kebesaran negeri dari kerajaan Selangor, Perak, Johor dan Pahang dan banyak lagi serta gambar yang merakam detik-detik dia menaiki pentas untuk menerima anugerah berprestij bagi usahawan.
Siapa tak kenal Datuk Ben Azman, ahli perniagaan muda yang sangat berjaya dan memiliki kekayaan yang melimpah-ruah pada usia muda? Bukan itu saja, dia berasal daripada keluarga yang terhormat dan berkedudukan tinggi serta kaya-raya. Dia sendiri anak orang kaya. Apa yang Aira  hormati tentang lelaki ini, menurut abangnya, Muammar Gadaffi, Benjamin tidak pernah menggunakan nama dan pengaruh bapanya di dalam dunia perniagaan sebaliknya mengekalkan profesionalisme. Pada usia 27 tahun, Benjamin menerima anugerah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) daripada Yang DiPertuan Agong ketika itu yang membawa gelaran Datuk diikuti beberapa pengiktirafan lain daripada kerajaan-kerajaan negeri yang berbeza pada tahun-tahun berikutnya di atas pencapaian luar biasa ahli perniagaan Pan-Asian ini.
Aira  mengetap bibir sambil memegang perutnya yang kempis. Airmatanya jatuh sebutir demi sebutir. Wajahnya merah padam menahan marah. Marah sehingga menangis. Ya, dia benci itu. Tapi apakan daya. Walau apa jua tanggapan masyarakat terhadap ahli perniagaan ini, pada Aira  dia tetap seekor binatang bila zat alkohol menguasai akal fikirannya.
Lamunan Aira  pecah berderai bila pintu yang diperbuat daripada kayu jati tadi ditolak dari luar. Seorang lelaki yang berpakaian sut eksekutif warna kelabu melangkah masuk seiringan dengan seorang wanita berpakaian kemas sambil meneliti fail di tangan.
"Err, Datuk Ben, inilah cik yang nak jumpa dengan Datuk tu." Ujar wanita tadi.
Cepat-cepat Aira  berdiri dan mengesat airmatanya. Mereka berjabat tangan. Tapak tangan kasar Benjamin menyentuh naluri kewanitaannya.
“I'm Aira Qairina." Dia memperkenalkan diri.
"Well, as you know... the one and only, Ben Azman." Suara garau yang sensual daripada bibir lelaki itu menampar deria pendengaran Aira . Begitu sensual dan begitu menggetarkan naluri kewanitaannya. Senyuman manis yang membentuk lesung pipit di pipi kiri lelaki itu mencairkan keegoan yang cuba dipertahankan oleh Aira . Oh, tidak!
Datuk Benjamin, orangnya tinggi seperti mat salleh. Tak hairanlah kerana dia memiliki darah orang Eropah. Tubuhnya kekar. Abam sado, hihihi! Tapi well-proportioned dengan ketinggiannya yang mencecah 186 sentimeter atau 6' 1". Matanya jernih berwarna hazel. Kulitnya bersih, putih kemerah-merahan macam kulit orang Belanda. Wajahnya kacak dan memiliki ciri-ciri Pan-Asian serta hidung yang mancung. Rambutnya pula berwarna hitam keperang-perangan secara semula jadi. 'Bukan macam rambut aku ni, berkarat!' Otak Aira  mengutuk tuannya.
Sesuai dengan usia dan kematangannya, wajahnya dihiasi stubble warna hitam keperang-perangan di tepi-tepi tulang rahang, di bawah dagu dan di atas dua ulas bibirnya. Terserlah kelelakiannya. 'Memang taste kau la kan, Mokcik Aira  oii! Macho, manly, tak jambu... ahaks!' Usik hati wanita Aira  yang tercuit dengan makhluk indah ciptaan Allah Taala di hadapannya ini.
'Fokus, Aira! Fokus!'
"Giselle, I need you a favour. Bring us two cups of coffee please... Thank you, honey bun..." Arah Datuk Benjamin, mesra dan manja.
Wanita yang bernama Giselle tadi mencemik kepada majikannya lalu tersenyum membalas kata-kata lelaki itu yang lebih kepada terms of endearment. Giselle terus melangkah keluar untuk menunaikan arahan lelaki itu. Bosnya itu mempunyai kamus yang penuh dengan panggilan-panggilan sayang buat wanita. Tidak hairanlah ramai wanita tersungkur menyembah kakinya. Dalam sejarah hidup bosnya, tidak pernah ada satu perempuan pun yang gagal dipujuk rayu oleh lelaki itu. Semuanya tumbang di kakinya. Kecuali...
"So, Ms. Sara-
"It's Aira !"
"Err, sorry. My bad. So, Ms. Aira  (whatever)... what brings you to my humble office?" Soal Datuk Benjamin lalu menyandarkan tubuhnya sambil duduk meletakkan sebelah kakinya di atas paha ketika mereka duduk di sofa empuk itu. Sebelah lengannya diletakkan di atas arm rest.
Soalan Datuk Benjamin itu membuatkan Aira  berpeluh-peluh dingin sedangkan suhu penghawa dingin di dalam bilik pejabat itu agak rendah. 'Mana tidaknya, haihh... macam manalah aku nak bagitahu Datuk Belanda celup ni? Kang buatnya mengamuk, tak ke naya! Atau tiba-tiba dia nak batalkan agreement dengan company abang aku ke... Ehhh... janganlah! Tapi, ini soal maruah, Aira ! Ini soal masa depan! Bukan masa depan kau sorang!'
"Wait, you datang nak minta kerja ke? If that so... kenapa tak pergi dekat human resource? Or via online application?" Suara Benjamin mematikan lamunan Aira . “Hmm... let me see your resume first. You apply jawatan apa, dear?”
'Hah, minta kerja? Eh, eh! Bila masa pulak aku nak minta kerja kat pejabat dia? Eh, dia lupa ke dia yang suruh aku datang semalam? Naik kebas punggung aku tunggu dia habis meeting tadi, alih-alih dia ingat aku datang nak minta kerja? Dia tak ingat ke aku yang call dia semalam? Aduyaii... muka dah hensem, tapi cepat bebenor pelupanya!' Kutuk Aira  di dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Lagi satu, siapa bagi dia lesen besar untuk panggil aku ‘dear’?!’
"Miss, you okay?" Soal Benjamin sambil memetik jarinya di hadapan muka Aira .
Aira terperanjat. Wajah mulus wanita itu kemerah-merahan menahan malu. Tak sangka reaksinya mendapat perhatian ahli perniagaan di hadapannya ini. Mana tidaknya, dah dia garu kepala depan lelaki itu. Memanglah lelaki itu pelik. Karang ada kutu berjangkit pula pada rambut perang Benjamin. Naya nak kena shave sampai botak!
"Err, bukan... bukan... I bukan datang nak minta kerja, Datuk." Kata Aira , agak gugup.
"Then, why are you here?" Soalnya hairan.
"I... err, you ingat lagi tak yang the other day, a lady called you and you asked her to meet you in your office?" Aira  cuba mengingatkan lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu kelihatan cuba mengingatinya. Dahinya berkerut-kerut. Walaupun berkerut seribu dahinya, kekacakannya tetap terserlah.
"I'm sorry, but I can't remember. Banyak ladies call I, lately. Untuk, err... business, you know. Err, I'm a business person, remember? Haha..." Benjamin tertawa. Jelas ketawanya dibuat-buat.
Aira menarik nafas panjang. Dadanya terasa ketat. Dia tak boleh tahan setiap kali membicarakan soal ini. Sedaya upaya Aira  menahan perasaannya. Tak ingin dia menangis di hadapan binatang bertopengkan manusia di hadapannya ini.
 "I'm the one who made the call on the other day and told you I was... pregnant..." Ucap Aira  dengan setenang mungkin. Cuma Tuhan saja tahu betapa perasaannya berperang dan bercampur baur ketika menuturkan ayat itu.
Benjamin terus mengangkat wajah. Matanya sedikit terbeliak. Namun kemudian dia kembali tenang seperti tadi.
"Ohh... I rasa I ingat. Excuse me for a sec." Sebelum Aira  sempat membuka mulut, Benjamin sudah berdiri tegak. Lelaki yang tinggi lampai dan punya sosok persis model lelaki antarabangsa itu berpusing lalu melangkah menghampiri meja kerjanya. Aira  hanya melihat saja lelaki itu menarik laci dan mengeluarkan sebuah buku kecil.
“So... what's your price?" Tanya Benjamin yang sudah pun duduk di hadapan Aira . Fountain pen di saku dada kanan blazer kelabunya ditarik keluar sementara lembaran buku cek diselak.
"Price? Wh-what price?" Terpinga-pinga Aira dengan soalan Benjamin. Dahinya berkerut-kerut. Dia bingung seketika.
 Benjamin mendongak menatap wajah wanita anggun di hadapannya ini. Sejujurnya dia benar-benar tidak ingat siapa Aira  ini kerana bukan dia seorang saja yang pernah hanyut dalam dakapan nafsu lelaki Pan-Asian ini. Tetapi wanita yang berusia sekitar pertengahan 20-an ini pernah bercakap sesuatu tentang peristiwa dua bulan lalu, kelab malam The Providence dan dua pelabur asing yang bernama Tony Indrawan dan Reece Upworth, masing-masing dari Indonesia dan Amerika Syarikat.
 Dia menarik nafas. Wajah mulus Aira ditatap penuh. 'Cantik juga perempuan ini.' Getus hati lelakinya.
 "Look, lady... I minta maaf, okey? I mabuk and pagi tu, I was barely recovered from a massive hangover. I couldn't barely remember anything happened on that night. Last thing I remembered, I just went... blackout! Jujurnya I tak ingat bila I jumpa you, tidur dengan you. I'm a successful young entrepreneur, I came from an upper class, affluent family. Semua orang tahu I, they know my family as well. So I have to maintain my good reputation as a businessperson and also my family's dignity as well.
"But no offense, Ms. Sara. You're not the first. A lot of women, mostly escort girls, came to me and claimed, I impregnated them which turned out, I wasn't the real father of the babies they were carrying. How would I know then? They just disappeared after I offered them around 30 to 50k. So name your price, dear. I sanggup bayar you berapa je yang you nak." Tawar Benjamin dengan senyuman mesra.
 Aira  tergamam. Dia tewas jua. Empangan airmatanya pecah lalu berderai menodai pipi mulusnya. Lelaki di hadapannya ini benar-benar kapitalis. Terasa maruahnya diinjak-injak sesuka hati. Semurah inikah maruahnya? Pada pemahaman lelaki kaya di hadapannya ini, adakah maruah sesuatu yang boleh diperdagangkan?
Sambil menulis jumlah cek di atas buku cek dan menandatangani cek tersebut, Benjamin bersuara lagi, "So I guess, 50k can settle out our deal. Again, I'm a businessman. I can't afford my nightlife, my personal life to jeopardize my reputation. You buatlah apa-apa dengan duit ni, Ms. Sara. Here, take it. It yours now." Ujarnya dengan senyuman mesra sambil menghulurkan sekeping cek kepada Aira  yang wajahnya sudah lencun dengan airmata. 'Ahh... bukannya aku tak biasa dengan airmata murah perempuan mata duitan macam kau ni! Orang yang paling aku sayang kat atas dunia ni pun lebih memandang harta berbanding diri aku sendiri!' Desis hati Benjamin.
Dengan tangan yang terketar-ketar, Aira  mengambil cek yang dihulurkan oleh tangan sasa lelaki itu. Mutiara-mutiara jernih tidak henti-henti menuruni pipinya. Murah sungguh nilai dirinya di mata lelaki ini. Malah zuriatnya yang sedang dikandung oleh wanita di hadapannya ini seolah-olah tiada nilai di mata seorang ayah. Tahukah Benjamin bahawa zuriat di dalam rahim Aira  ini adalah anaknya, darah dagingnya yang berasal daripada benihnya yang ditumpahkan pada malam jahanam itu? Juga, tahukah Benjamin bahawa dia baru saja merosakkan masa hadapan seorang gadis? 'Banyak sungguh dosa yang lelaki ni lakukan sehingga Allah seakan-akan menutup pintu hatinya daripada merasai nikmat kasih sayang dan belas kasihan.' Getus hati Aira  yang hiba.
 Aira  menyeka airmatanya. berdiri dari duduknya. Dia berdiri di hadapan lelaki itu. Wajah kacak Benjamin ditatap penuh.
 "Whoa! Whoaa!! What the hell you think you're doing?! It's not refundable, you know!" Benjamin separuh menjerit melihat Aira  tiba-tiba mengoyakkan cek bernilai RM50 ribu dengan muka yang penuh selamba. Cebisan-cebisan cek tadi dilemparkan tepat pada muka Benjamin yang berkerut-kerut kebingungan.
"Firstly, my name is not Sara! Second, I am not an escort girl! Third, I bersumpah atas nama Allah yang I mengandungkan anak you, Datuk Benjamin Jericho von Amstel bin Tan Sri Dato' Azman Akhtar Al-Bakri and somewhere deep in your heart, you always knew it!" Ungkap Aira  terketar-ketar dengan airmata yang kembali berderai menodai pipinya.
Dengan perasaan yang tertahan-tahan, Aira menyambar beg tangan tote Gucci putihnya dan terus bergegas keluar daripada pejabat yang cantik itu. Ketika di muka pintu, dia terserempak dengan Giselle yang baru muncul dengan dua cawan Nescafe White Coffee. Wajah Giselle yang penuh tanda tanya itu tidak dia pedulikan.
Aira berlari-lari anak sambil menangis teresak-esak. Tangisan yang sejak tadi dipendamkan. Sakit di dadanya hanya Tuhan saja yang tahu. Wajahnya merah, matanya berair, bibirnya terherot-herot. Semua mata memandang susuk gadis manis itu. Ketika berlari-lari anak, kakinya hampir-hampir terpelecot. Ini membuatkan Aira  menanggalkan kasut tumit tinggi stiletto maroon miliknya dan berlari dengan kaki ayam sambil menjinjing kasutnya.
Sambil berlari keluar dari bangunan Mutiara Selatan Shipping & Forwarding Berhad dan menangis, Aira  meraba-raba beg tangannya dan mengeluarkan kunci kereta Mercedes-Benz SLK200 AMG Convertible hadiah abahnya ketika dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke New South Wales University, Australia dahulu.


PS : Assalamualaikum dan hai semua. Ini first try saya. So saya sedar bahawa ada kekurangan kat mana-mana and dengan rendah dirinya meminta maaf kerana saya masih dalam proses belajar. Haha... sebenarnya saya ada banyak masa terluang dan saya quite bored, that's why I came up with this story. So saya harap korang suka dan sorry sangat-sangat kalau tak menepati expectations korang! So pada pembaca yang suka, bolehlah baca kat sini, ilhamlunaelvira294@blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Marriage of Understanding (3)

Marriage of Understanding (2)